Surau Nurul Yaqin, IPG Kent

10.4.25

Laporan Program Meniti Remaja 2010

Alhamdulilah, Program Meniti Remaja atau lebih sinonim dengan PMR telah selamat diadakan pada 25 April 2010, lewat sehari dari tarikh yang telah dirancang kerana memberi laluan kepada Kem Gelombang Kemantapan Solat 2010.

Secara keseluruhannya, objektif program ini telah tercapai sepenuhnya dan memberi makna yang tersendiri kepada semua yang terlibat. Mudah-mudahan hasil daripada program ini akan terus berkekalan dan dapat diaplikasikan terus dalam kehidupan seharian setiap masa.

Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua fasilitator dan ustaz pembimbing yang terlibat kerana sanggup mengorbankan masa anda bagi melicinkan perjalanan program ini. Jazakallahu khairal jazak, hanya Allah sahaja yang dapat membals jasa kalian.

5.2.11

AJK badar 2011(pelajar)

tahun baru,ajk baru..so;

6jawatan teratas (pengerusi,timb. pengerusi,setiausaha,timb.setiausaha,bendahari,timb. bendahari).Jawatan2 tersebut disandang oleh:-
~Mohd. Akmal Vahidi
~Nor Azwa Syazwani Ag Besar
~Mohd Kamal Sani
~Nur Zakiah Zainal
~Ag Zarif Aminuddin B Ag Damit
~Syaheedah Waheedah Jusili

blog ini akan dikendalikan oleh biro ICT dan penerbitan yang dianggotai oleh:-
~Mohd. Azril Syafiq Zaidi
~Emran Helmie Buhari
~Nor Farahin Abdul Jalil
~Ana Syafiqah Mohd Adil

Tugas2 biro ICT dan penerbitan:-
~Publish buletin setiap bulan
~Update blog BADAR sahaja.*jgn slh anggap,blog usrah bukan dikendalikan oleh biro ini*
~Terbitkan pamplet bila ada majlis berkaitan
~*tugas akan di-informkan dari masa ke masa*

p/s: semua ahli biro ICTP,please ready2 dgn isi2 utk buletin isu feb~tengs:)

10.8.10

Ramadhan

Ramadhan

Kumpulan : Brothers

Bertemu kembali dengan ramadhan
Kurasakan bahagia menyelubungi
Ya Allah daku bersyukur
Kau pertemukan aku semula

Ramadhan yang mulia
Di Ramadhan Ya Allah
Rahmatnya ku rasa
Banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunan-Mu
Melangit tinggi

Ramadhan rahmat dari Illahi
Banyakkan beribadah dan berdoa

Hapuskan dosa tingkatkan pahala
Semoga beroleh nadirah
Semoga kita menjadi hamba yang setia
Ramadhan menyedarkan aku

Kesusahan yang dialami insan lain
Ramadhan ujian Illahi
Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan
Andainya ini Ramadhan terakhir bagiku
Kuharap ianya kan membela ku di akhir nanti

9.8.10

Ihya' Ramadhan 1431H

Assalamualaikum w.b.t.

Sudah sekian lama blog BADAR ni tidak dikemaskini. Alasan mudahnya adalah sibuk. Namun begitu, bersempena Ramadhan yang bakal tiba, blog ini sedaya mungkin cuba diisi agar pengunjung blog ini tahu bahawa ia masih aktif.

Ramadhan 1431H bersamaan 2010 Masihi tidak ketinggalan untuk diisi dengan pelbagai aktiviti seperti kebiasaannya sama ada berbentuk pertandingan atau tidak. Antara yang boleh dicatatkan di sini ialah tadarus al-Quran, tazkirah Zohor oleh pelajar-pelajar tingkatan 4, iftar jamaie, solat sunat terawih dan witir, bazar Ramadhan, kuiz spontan, kuiz terkumpul dan banyak lagi.

5.4.10

Kem Gelombang Kemantapan Solat Tingkatan 1, 2010

Buat julung kalinya, pihak BADARSMESH akan menganjurkan bengkel solat khusus untuk para pelajar tingkatan 1 sebagai satu pendedahan kepada mereka secara teori dan amali. Bengkel dengan nama Kem Gelombang Kemantapan Solat ini akan dilaksanakan dalam bulan April selepas minggu peperiksaan selama dua hari bermula dengan ujian pra-program pada waktu malam hari pertama dan latihan dalam kumpulan yang mendedahkan teori dan amali solat pada hari kedua. Bengkel ini akan turut melibatkan teori dan amali wudhuk sebagai satu syarat penting untuk memastikan solat dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Penglibatan semua pelajar tingkatan 1 yang beragama Islam adalah diwajibkan. Bengkel ini akan dikendalikan oleh para ustaz dan ustazah dibantu oleh beberapa orang fasilitator yang telah diberikan taklimat dan bengkel khusus bagi mengendalikan bengkel solat ini.

Sebarang persoalan, boleh berjumpa terus dengan para ustaz dan ustazah di bilik guru.