Surau Nurul Yaqin, IPG Kent

10.8.10

Ramadhan

Ramadhan

Kumpulan : Brothers

Bertemu kembali dengan ramadhan
Kurasakan bahagia menyelubungi
Ya Allah daku bersyukur
Kau pertemukan aku semula

Ramadhan yang mulia
Di Ramadhan Ya Allah
Rahmatnya ku rasa
Banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunan-Mu
Melangit tinggi

Ramadhan rahmat dari Illahi
Banyakkan beribadah dan berdoa

Hapuskan dosa tingkatkan pahala
Semoga beroleh nadirah
Semoga kita menjadi hamba yang setia
Ramadhan menyedarkan aku

Kesusahan yang dialami insan lain
Ramadhan ujian Illahi
Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan
Andainya ini Ramadhan terakhir bagiku
Kuharap ianya kan membela ku di akhir nanti

9.8.10

Ihya' Ramadhan 1431H

Assalamualaikum w.b.t.

Sudah sekian lama blog BADAR ni tidak dikemaskini. Alasan mudahnya adalah sibuk. Namun begitu, bersempena Ramadhan yang bakal tiba, blog ini sedaya mungkin cuba diisi agar pengunjung blog ini tahu bahawa ia masih aktif.

Ramadhan 1431H bersamaan 2010 Masihi tidak ketinggalan untuk diisi dengan pelbagai aktiviti seperti kebiasaannya sama ada berbentuk pertandingan atau tidak. Antara yang boleh dicatatkan di sini ialah tadarus al-Quran, tazkirah Zohor oleh pelajar-pelajar tingkatan 4, iftar jamaie, solat sunat terawih dan witir, bazar Ramadhan, kuiz spontan, kuiz terkumpul dan banyak lagi.

5.4.10

Kem Gelombang Kemantapan Solat Tingkatan 1, 2010

Buat julung kalinya, pihak BADARSMESH akan menganjurkan bengkel solat khusus untuk para pelajar tingkatan 1 sebagai satu pendedahan kepada mereka secara teori dan amali. Bengkel dengan nama Kem Gelombang Kemantapan Solat ini akan dilaksanakan dalam bulan April selepas minggu peperiksaan selama dua hari bermula dengan ujian pra-program pada waktu malam hari pertama dan latihan dalam kumpulan yang mendedahkan teori dan amali solat pada hari kedua. Bengkel ini akan turut melibatkan teori dan amali wudhuk sebagai satu syarat penting untuk memastikan solat dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Penglibatan semua pelajar tingkatan 1 yang beragama Islam adalah diwajibkan. Bengkel ini akan dikendalikan oleh para ustaz dan ustazah dibantu oleh beberapa orang fasilitator yang telah diberikan taklimat dan bengkel khusus bagi mengendalikan bengkel solat ini.

Sebarang persoalan, boleh berjumpa terus dengan para ustaz dan ustazah di bilik guru.

Dunia Baru Kita

Dunia Baru Kita
Album : G.E.N.E.R.A.T.I.O.N.S ( Mirwana )

Merenungi kotaku ini
Di malam hari
Ku terpesona

Rembulan menyinarinya
Disulami cahaya
Oh indahnya

Berdiri megah
Berasaskan iman
Dan jua ketaqwaan
Padamu Tuhan

Satu kedamaian
Satu ketenangan
Kebahagiaan
Keharmonian oh...

Dunia baru kita
Impian bersama
Cita-cita kita
Kini jadi nyata
Hidup sejahtera

Dunia baru kita
Harmoni berpadu
Bangun dengan ilmu
Dan mendapat restu
Darinya yang Satu

Dan kita bersama menjunjung perintah-Nya
Biarpun rintangan datang melanda
Kita kan sama pertahankannya

Lagu : Yasin
Lirik : Yasin, AbuIkhwan

25.3.10

MTQ Peringkat Daerah Kota Kinabalu

Pada 24 Mac 2010, SMESH telah menghantar seramai 6 orang peserta untuk mewakili sekolah bagi mengikuti pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) peringkat daerah Kota Kinabalu yang telah diadakan di SMK. Tobobon. Pasukan sekolah telah menghantar peserta bagi setiap acara yang telah dipertandingkan iaitu acara tilawah lelaki dan perempuan, acara hafazan lelaki dan perempuan serta acara syarahan lelaki dan perempuan. Sebagai makluman, acara nasyid serta acara berzanji dan marhaban tidak dipertandingkan pada tahun ini.

Berikut adalah senarai peserta yang terlibat mengikut kategori pertandingan:-
Acara Tilawah Al-Quran ( Lelaki ) : Mohd Faiz
Acara Tilawah Al-Quran ( Perempuan ) : Nabilah Syafawati
Acara Hafazan ( Lelaki ) : Akmal Vahidi
Acara Hafazan ( Perempuan ) : Halidah Khanafi
Acara Syarahan ( Lelaki ) : Albie Adzan Rabinin
Acara Syarahan ( Perempuan ) : Razlianie

Secara keseluruhannya, keputusan MTQ pada tahun ini agak kurang memberangsangkan walaupun pasukan sekolah masih lagi berada dalam kategori tiga terbaik keseluruhan.
Untuk itu, satu mekanisme untuk meningkatkan prestasi pasukan sekolah akan dirancang dan dilaksanakan dari peringkat awal lagi.

Tahniah kepada yang telah berjaya dan selamat berjuang untuk tahun 2011 buat semua jurulatih dan bakal peserta.