Surau Nurul Yaqin, IPG Kent

26.9.09

INDAHNYA AIDILFITRI










BERAKHIRNYA RAMADHAN, SUKA ATAU DUKA?

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 183

183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Dalam ayat diatas jelas menunjukkan outcome terhadap orang-orang yang berpuasa adalah sejauh mana taqwanya meningkat. Kita? Adakah taqwa kita meningkat? Sesungguhnya untunglah orang-orang yang berjaya mendapat outcome yang dijamin oleh ALLAH ayat diatas. Siapakah orang-orang tersebut?

Mereka ialah orang orang merasai terkesannya diri untuk menjadi lebih baik, gembira sewaktu kedatangan ramadhan dan sedih sewaktu pemergiannya. Mengapa mereka merasai begitu? Sudah tentulah kerana ganjaran dan kebaikannya tidak ada di dalam bulan-bulan lain.

Antara kelebihan ramadhan ialah :

Pahala kebaikan digandakan. MasyaALLAH. Bayangkan kalau diluar ramadhan setiap satu kebaikan akan diberi sepuluh ganjaran, apatah lagi ramadhan? Sebagai contoh, dengan membaca al-Quran, ganjarannya mengikut berapa huruf yang dibaca. Jika satu surah al-Fatihah di baca pada luar bulan ramadhan, setiap huruf di beri ganjaran sepuluh kebaikan. Jika dibulan ramadhan, hanya dengan surah al-fatihah berganda-ganda ganjarannya. Apatah lagi yang menghabiskan satu Al-Quran. Begitu juga sedeqah dan sebagainya.

Allah membuka pintu keampunan seluas-luasnya. Sedangkan Rasulullah yang ma’sum pon setiap hari bertaubat kepada ALLAH, inikan lagi kita, manusia biasa, yang tidak diberi apa-apa jaminan syurga. Hanya orang-orang bijak sahaja yang mengambil peluang sehabis baik meminta keampunan di bulan ini. Setiap tangisan airmata yang keluar ikhlas kerana ALLAH itulah yang akan membantu menyelamatkan kita dari seksaan azab api neraka.

Malam lailatulqadar. Ganjaran yang ada pada malam ini sama seperti beribadat selama 1000 bulan atau bersamaan dengan 83 tahun. Mengikut salah satu pendapat ulama’ berdasarkan nas-nas, ia berlaku pada sepuluh malam ganjil sepuluh terakhir bulan ramadhan. Semua ciptaan ALLAH tunduk sujud dengan cara tersendiri pada malam itu, Inikan lagi manusia, yang diberi aqal, mereka perlulah lebih berusaha mencari malam ini.
Seperti firman Allah dalam (surah Al-Qadr : 1-5)
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Doa dimakbulkan. Antara doa-doa akan ALLAH akan makbulkan dengan hebat ialah doa orang-orang yang berpuasa. Itupun jika puasa dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Berusaha untuk mencapainya, bukan setakat berdoa sahaja.

Dengan pemergian Ramadhan pada kali ini diharapkan memberi satu kekuatan dan latihan untuk terus istiqamah dalam melakukan amalan-amalan. Oleh itu wahai rakan sekalian, sambutlah aidilfitri dengan kegembiraan yang berpada-pada, janganlah sampai menjadikan syawal sebagai hari balas dendam atas segala apa yang kita tahan selama bulan ramadhan.

Kepada yang berusaha pergi bertarawikh di surau pada bulan ramadhan, teruskan usahamu untuk berjamaah fardhu di luar bulan ramadhan.
Kepada mereka yang berusaha berhenti merokok pada bulan ramadhan, teruskan usaha anda untuk berhenti merokok.
Kepada yang selalu menahan diri untuk mencarut pada bulan ramadhan, jaga mulutmu dari perkataan-perkataan yang tidak berguna itu selepas ramadhan.
Kepada mereka yang letih sujud berqiamullail pada bulan ramadhan, teruskan dengan bangun malam itu sepertimana kau mencari LailatulQadr di bulan ramadhan.
Kepada mereka yang menahan diri dari berdating dengan temanmu di bulan ramadhan teruskan usahamu membina pertalian suci diantara dua hati yang bukan muhrim.
Kepada mereka yang menahan nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang terjurus kepada kelucahan semasa bulan ramadhan, jadikan syawal dan bulan-bulan seterusnya sebagai permulaan kepada pengakhiran.
Kepada mereka yang berusaha menutup aurat untuk bertarawikh di surau pada bulan ramadhan, teruskan usaha sucimu itu dibulan-ulan seterusnya. Agar ia menjadi kebiasaanmu kelak.
Dan begitulah selanjutnya, jadikanlah ramadhan sebagai latihan untuk kamu menjadi insan yang lebih berguna.

Terima kasih ALLAH kerana memberikan aku kesempatan untuk menghabiskan ramadhan pada tahun ini, dan sampaikanlah aku ke ramadhan seterusnya. Amin, Ya Rabbal- Alamin
Hadith Rasulullah SAW:

''Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. -Riwayat Ahmad dan At Tabrani daripada Anas-

MAHAR CINTA SYAWAL

MAHAR CINTA SYAWAL
Dari medan Ramadan sepenuh perjuangan
Terpamir ketulusan jiwa, kemurnian hati,kecerdasan fikiran, ketangkasan tindakan…
Ukir semurni tadbir
Tagih sesuci takdir

Dari takbir Syawal seluruh kemuliaan
lambang satu kemenangan
mengatasi kejahatan diri dalaman
menangani angkara musuh luaran
kembali ke fitrah…
kembali kepada Allah!

Hitung syukurmu di istana rahmat-Nya
Renung sukarmu di penjara dosa-dosa
Moga keberkatan Ramadhan…
Agar Kemuliaan Syawal…
Menjadi mahar seorang hamba…
untuk melamar cinta Tuhannya!

-amiin-

29.6.09

Orang-orang Cemerlang Bersangka Baik Sepanjang Masa


Berfikiran positif sepanjang masa memang akan menjadi amat mencabar diperingkat permulaan. Anda akan bergelut dengan emosi sendiri dan perasaan tak tentu arah, sama ada nak jaga hati orang atau nak jaga hati sendiri. Anda akan keliru.

Sampai ke satu tahap, Anda akan mempersoalkan setiap satu tindakan Anda, kerana ia akan kelihatan seperti membiarkan orang lain buat sesuka hati pada Anda dan Anda pula tertahan-tahan nak membalas perbuatan mereka itu, hanya kerana Anda jadi keliru lalu bingung.

Pada hari ini, mengikut tanggapan ramai orang, susah nak cari orang yang hatinya cukup baik. Pada saya, sebab itu jugalah, sebab tak ramai orang baiklah yang menjadi penyebab mengapa ribuan orang jatuh kepada kategori pemikiran negatif yang menyebabkan mereka bergelumang dengan seribuh satu situasi negatif.

Kesannya, situasi negatif itu pula mengheret mereka kepada pelbagai permasalahan, misalnya masalah kekeluargaan, masalah dalam pelajaran, masalah emosi, masalah perhubungan cinta hinggalah kepada masalah kewangan - sumber rezeki bagaikan terhalang dan bagaikan kekal terhalang.

Jadilah diri Anda sendiri. Usah terlalu mengikut orang. Kita boleh mengikut orang, tapi kena sesuaikan supaya boleh diserap menjadi sesuatu yang ngam dengan diri kita sendiri. Tak semua kita boleh menjadi Bill Gates, tapi kita boleh tiru stail kejayaan Bill Gates, cara kerja bill Gates supaya kita boleh mencapai kejyaan macam Bill Gates. Kia boleh jadikan Bill Gates sebagai contoh ikutan, tapi tak semestinya jalan kejayaan yang akan kita lalui sebijik macam Bill Gates.

Nak mengekalkan sikap berfikiran positif, Anda kena jadi diri sendiri sepenuhnya. Anda kena bersikap baik sepenuh masa, bercakap baik-baik, bersangka yang baik-baik dan berkata yang baik-baik dalam hati Anda, walaupun suasana di luar nampak buruk. Always look to the bright side of your life!

Sikap suka bersangka baik akan mengubah suasana menjadi baik. Sikap bersangka buruk akan mengubah suasana menjadi buruk, berterusan menjadi bertambah buruk jika Anda kekal bersangka buruk. Orang-orang cemerlang sentiasa bersangka baik sepanjang masa, sebab itu mereka cemerlang sepanjang masa. Orang lain merasa agak sukar ‘kejar’ tahap mereka.


5.6.09

TIGA GOLONGAN AWAL KE NERAKA

Sufyan Ash-Ashbahiny bercerita kepada 'Uqah ibn Muslim bahawa semasa memasuki Madinah, dia melihat orang sedang mengerumuni Abu Hurairah r.a. Sufyan pun menghampirinya, lalu dia duduk di hadapan Abu Hurairah yang sedang menyampaikan hadis kepada jemaah itu. Ketika Abu Hurairah berdiam diri seketika, Sufyan meminta agar dia menyampaikan hadis yang benar-benar difahami untuk dihayati.

Abu Hurairah pun bersetuju seraya berkata. "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH S.A.W kepadaku" Selepas berkata begitu,tiba-tiba ABU HURAIRAH menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan. Kemudian dia diam sebentar dan setelah kembali tersedar dia berkata, "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH s.a.w kepadaku di rumah ini,tidak ada orang lain selain aku dan baginda." Tiba-tiba Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu sehingga hampir pengsan. Ketika itu Abu Hurairah kembali sedar dan dia menceritakan, "Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut.

Golongan terawal yang akan dipanggil adalah "orang alim" , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.TALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,"Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?" Orang itu menjawab. "Benar,wahai Tuhan.'' ALLAH SWT kembali bertanya. ''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?'' Orang tersebut menjawab, ''Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari'' Malaikat berkata kepadanya, "engkau berdusta". ALLAH SWT berfirman "engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''. Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ''Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup". Orang itu menjawab, ''Benar wahai tuhan''. ALLAH SWT kemudian bertanya, ''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'', dia menjawab, ''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.'' ALLAH SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta". Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.''
Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?'' Dia menjawab, ''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.'' Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,''Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu." ALLAH SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''."Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ''Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.

''"Marilah bersama kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan~

7.5.09

BICARA TENTANG DAJJAL


Pada suatu pagi Rasullullah berbincang dengan para sahabatnya mengenai Dajjal, kadang kala beliau meninggikan suaranya dan kadang kala merendahkan suaranya, sehingga kami merasa seolah-olah kami berada di dalam kelompok lebah.Petang hari kami yang mendengar cerita Rasullullah pergi ke rumah Rasullullah, beliau telah tahu tentang soalan kami. Tanya Rasullullah; “Apa khabar kamu semua”, jawab kami “Baik”, tapi kami hendak bertanya mengenai Dajjal, dan mengapa apabila Rasullullah berbicara, kadang kala suara Rasullullah tinggi dan kadang kala rendah ?. Jawab Rasullullah; “Bukan dajjal yang mengkhutirkanku terhadap kamu semua, jika dia muncul dan aku masih berada di antara kamu tentu aku akan membela kamu terhadapnya.

Dan jika dia muncul, sedangkan aku tidak berada di samping kamu, maka umat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Taala pengantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim”. Dajjal pemuda berambut kerinting, matanya sepet, aku lebih suka mengatakannya serupa dengan Abdul Uzza bin Qathan. Barang siapa di antara kamu bertemu dengannya, hendaklah dibacakan padanya permulaan surah Al-Kahfi.Dia akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq. Lalu dia akan merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah kerana itu teguhkan pendirian kamu!. Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi ?”, jawab Rasullullah : “Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”. Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. Berapakah kecepatannya di bumi ?” jawab Rasullullah; Seperti hujan ditiup angin. Dia mendatangi suatu, maka diajaknya kaum itu supaya beriman kepadanya, lalu mereka beriman kepadanya dan mematuhi segala perintahnya.

Di perintahkan langit supaya hujan, maka turunlah hujan. Maka diperintahkan bumi supaya subur, maka suburlah tumbuhan-tumbuhan. Bila hari sudah petang, ternakan mereka akan pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih besar kerana cukup makan. Kemudian didatangi kaum yang lain dan diajaknya supaya mereka beriman kepadanya tetapi mereka menolak ajarannya, maka dia berlalu dari mereka. Besok pagi negeri mereka menjadi kering kontang dan habis semua kekayaan mereka. Kemudian katanya; “Keluarkan perbendaharaanmu!” maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya.

Kemudian dipanggilnya seoarang pemuda remaja lalu dibelah dengan pedangnya sehingga anak muda itu terbelah dua dan belahannya itu di lempar sejauh anak panah dipanahkan. Dajjal memanggil tubuh yang terbelah itu kembali, dia datang seutuhnya dan dengan wajah yang berseri-seri sambil ketawa. Sementara Dajjal asyik dengan perbuatannya yang merosak, maka Allah Taala menurunkan Nabi Isa Al-Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan Allah dekat menara Putih sebelah timur Damsyik dengan memakai dua pakaian berwarna, berpegang pada dua sayap malaikat. Apabila dia menundukkan kepala hujan akan turun, dan apabila dia mengangkat kepala, berjatuhan daripadanya biji-bijik perak bagaikan mutiara. Orang kafir tidak boleh mencium bau nafasnya, sesiapa yang kena bau nafasnya akan terus mati. Bau nafasnya boleh dirasa sejauh mata memandang, maka Nabi Isa a.s. akan mencari Dajjal.

Dan Isa bertemu Dajjal di pintu gerbang kota lid (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu dibunuhnya Dajjal tersebut. Kemudian Isa menghampiri kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan Dajjal. Maka diusapnya mereka dan dikhabarkan kepada mereka kedudukannya di syurga. Allah mewahyukan kepada Isa a.s. “Aku akan mengelurkan hamba-hambaku yang tidak terkalah oleh sesiapa pun, kerana itu selamatkanlah hamba-hambaku yang soleh ke bukit”, lalu Allah Taala mengeluarkan Ya’juj dan Ma’juj. Mereka turun melanda dari tempat tinggi. Gelombang pertama melewati telaga Thiber, lalu mereka minum habis telaga tersebut. Kemudian datang pula satu kumpulan yang lain, kata mereka; “Sesungguhnya dahulu ada air di sini”. Nabi Isa dan para sahabatnya terkepung, sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar bagi seorang kamu pada hari ini (kerana kekurangan makanan).

Maka nabi Isa a.s. dan pengikutnya memohon kepada Allah s.w.t semoga Allah Taala menghancurkan Ya’juj dan Ma’juj. Maka Allah s.w.t mengirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti ada haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya. Kemudian Nabi Isa dan para sahabatnya turun ke bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun di dapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. Nabi Isa dan para sahabatnya mendoa kepada Allah s.w.t semoga sudi menghilangkan bangkai-bangkai yang busuk itu. Maka Allah s.w.t mengirimkan burung-burung sebesar unta lalu di angkut bangkai-bangkai tersebut dan dilemparkan ke tempat yang diperintahkan Allah s.w.t.

Kemudian Allah menurunkan hujan, sehingga walaupun rumah-rumah tanah liat dan rumah-rumah bulu dibersihkannya. Sehingga bumi kelihatan seperti kaca, kemudian Allah perintahkan kepada Bumi; “Tumbuhkan tumbuhan-tumbuhan dan kembali keberkatan mu!” Ketika itu sekumpulan keluarga, kenyang memakan sebuah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka sangat berkah, sehingga susu unta cukup untuk orang sekampung, susu sesekor sapi cukup untuk orang satu kabilah, susu seekor kambing cukup untuk sekeluarga terdekat. Ketika itu mereka berada dalam keredaan Allah Taala. Tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang baik memasuki ketiak mereka, maka tercabutlah roh setiap mukmin dan orang muslim.



Maka tinggal orang-orang jahat belaka, mereka bercampur baur seperti kaldai, maka dengan itu terjadilah hari kiamat." (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan, dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, lalu menjadilah ia debu yang bertebaran."(Al-Waqiah ayat 4-6 )p/s : Artikel dipetik dari buku "Himpunan Cerita-cerita Wanita Dan Laki-Laki Dalam Al-Quran Dan Hadis.

by nadhirah_virgo

28.4.09

LAPORAN MAJLIS TADARUS AL QURAN

Pada 19-21 April yang lalu, saudara Mohd Asyrafanuar, telah mewakili daerah Kota Kianbalu ke pertandingan Syarahan Agama sempena Majlis Tadarus AL-Quran peringkat Negeri Sabah yang diadakan di SMK Gunsanad 2, Keningau. Beliau diiringi oleh Ustazah Hamidah binti Mohammad Zain.

Pada pertandingan tersebut, beliau telah berjaya menjulang nama SMESH yang buat julung-julung kalinya menjadi johan bagi pertandingan syarahan agama lelaki. Beliau seterusnya akan mewakili negeri Sabah ke pertandingan di peringkat Kebangsaan pada awal Mei nanti. Pertandingan peringkat kebangsaan akan diadakan di Ipoh, Perak.

Tahniah diucapkan kepada saudara Mohd Asyrafanuar dan diharapka agar dapat menjulang nama SMESH dengan menjadi johan di peringkat kebangsaan nanti. Amin.

15.4.09

ALQURAN DAN SAINS

Sains dan al-Quran tidak dapat dipisahkan. Walau bagaimanapun al-Quran bukannya sebuah buku sains. Ia adalah wahyu Allah. Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk agar manusia dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil. Walau bagaimanapun terdapat dalamnya ayat-ayat yang menceritakan tentang kejadian alam semesta serta fenomena-fenomena yang berkaitan dengannya.

Sains ialah penemuan berdasarkan cerapan dan kajian yang dilakukan oleh manusia. Secara dasarnya, penemuan yang sahih tentang alam tidak akan bercanggah dengan al-Quran. Hal ini disebabkan al-Quran dan alam datang daripada Allah: al-Quran diturunkan oleh Allah dan alam dicipta oleh Allah. Kedua-duanya adalah daripada Allah. Justeru, hubungan antara kedua-duanya adalah suatu hubungan yang harmonis.

Antara ayat al-Quran yang menjelaskan tentang hubungan ini ialah ayat 53 dalam surah Fussilat yang bermaksud, "Akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap ufuk (penjuru) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa al-Quran itu benar."

Ada ulama yang mentafsirkan ayat ini secara yang berbeza sedikit. Bagi mereka ayat ini bermaksud, "Akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap ufuk (penjuru) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa Islam itu benar."

Walau bagaimanapun, dalam kitab Tafsir al-Quran al-Azim, Imam Ibn Kathir berkata, "(Allah) akan tunjukkan bukti-bukti serta dalil-dalil di alam ini yang menunjukkan bahawa al-Quran ini adalah benar." Untuk menerokai dan mengeluarkan bukti serta dalil daripada alam, sains diperlukan.

Seterusnya, berhubung dengan firman Allah yang bermaksud, "Dan pada diri mereka sendiri," Imam Ibn Kathir berkata, "Berkemungkinan yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah apa yang terdapat dalam tubuh badan manusia yang menakjubkan, sebagaimana yang dapat dilihat dalam ilmu tasyrih (anatomi). Kesemua ini akan menampakkan kebijaksanaan Yang Maha Pencipta." Untuk mengenali organ serta memahami sistem yang terdapat dalam tubuh manusia, sains juga diperlukan.

Konklusi yang dibuat as-Syeikh Said Hawa berhubung ayat ini amat menarik sekali. Dalam al-Asas fit Tafsir beliau berkata, "Dalam buku saya bertajuk ‘Ar-Rasul' saya membuktikan bagaimana Allah menunaikan janjinya yang terdapat dalam ayat ini. Jika manusia melihat kepada segenap penjuru alam dan diri mereka sendiri, mereka akan melihat sesuatu yang membenarkan al-Quran. Apabila apa yang mereka lihat itu dikaitkan dengan apa yang terdapat dalam al-Quran, mereka akan meyakini bahawa al-Quran sebenarnya datang daripada Allah. Saya telah memberikan banyak contoh berhubung perkara ini dan sesiapa yang membaca kitab tafsir ini (iaitu al-Asas fit Tafsir) dia akan memahaminya secara yang lebih jelas."

Dalam Tafsir al-Azhar pula Hamka berkata, "Dalam ayat ini dinyatakan bahawa al-Quran ini kian lama kian nyata kebenarannya. Bukti kebenaran itu akan muncul di segenap penjuru bahkan pada diri mereka (manusia) sendiri. Mungkin beberapa perkara yang diterangkan Quran tatkala ia mula diturunkan belum difahami tetapi kelak (ketika zaman berubah) dan otak manusia menjadi (semakin maju) akan nampaklah kebenaran itu. Sudah 14 abad Quran diturunkan dan semakin berkembang pengetahuan manusia tentang alam (semakin) bersinarlah rahsia kebenaran Quran."

Justeru, ayat ini merupakan jambatan antara sains dan Quran. Ia mengisyaratkan bahawa penemuan-penemuan sains masa kini yang berkaitan dengan alam dan manusia akan menampakkan, tanpa ragu-ragu lagi, kebenaran al-Quran. Yang penting ialah kajian sains yang dilakukan mestilah merupakan suatu kajian yang sahih dan ayat al-Quran yang hendak ditafsirkan mestilah merupakan satu ayat yang boleh dikaitkan dengannya, selepas merujuk kepada tafsiran yang muktabar. Justeru, penemuan-penemuan sains masa kini boleh dimanfaatkan untuk memahami ayat-ayat tertentu dalam al-Quran.

23.3.09

Majlis Tadarus Alquran Daerah Kota Kinabalu 1430H/2009M


LAPORAN MTQ 1430H/2009M

TARIKH : 7 MAC 2009

TEMPAT : SMK KOLOMBONG

Pada 7 Mac 2009 yang lalu, SMESH telah mengikuti pertandingan sempena Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Daerah Kota Kinabalu bertempat di SMK Kolombong.

Acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-Quran kategori lelaki dan perempuan, Hafazan Lelaki dan Perempuan,Syarahan Agama lelaki dan perempuan, nasyid serta acara berzanji marhaban yang julung-julung kali dipertandingkan pada tahun ini.

Walaupun berada dalam minggu peperiksaan,pasukan MTQ SMESH tetap berlatih dengan penuh kesungguhan dan keazaman.

Persaingan sangat sengit dan keputusan amat mendebarkan. Walaupun begitu, SMESH telah pulang dengan kejayaan yang amat membanggakan.Berikut adalah keputusan pertandingan MTQ 2009:

Bagi acara:

TILAWAH AL-QURAN (L) yang diwakili oleh Saudara Mohd Noorfaiz, telah berjaya mendapat tempat KETIGA.

NASYID dari kumpulan INSPIRASI yang diketuai oleh Mohd Asyraf Asidin, mendapat TEMPAT KEDUA, menendang keluar SM(Agama) KK dari carta nasyid tahun ini.

Untuk pengetahuan semua,SMESH tidak pernah mendapat tempat dalam acara nasyid sejak 8 tahun lalu tetapi tahun ini SMESH telah berjaya memecah rekod itu kerana telah berjaya memukau para hakim dengan persembahan yang hebat.

Tahniah kepada jurulatih nasyid,Ustaz Zafrul Asmie dan Cikgu Datu Ramlee.

Bagi acara BERZANJI MARHABAN dari kumpulan SOUTUL MUJAHIDEEN, mendapat tempat KEDUA.

Terima kasih kepada Pn.Hjh.Rabitah , Ustaz Asmadidan Saudara Muhd Naqeeb selaku jurulatih berzanji dan marhaban.

Bagi acara SYARAHAN AGAMA LELAKI dan PEREMPUAN , SMESH telah berjaya mengecewakan sekolah-sekolah lain dengan menyapu bersih TEMPAT PERTAMA bagi kedua-dua ketegori.

Syarahan Agama diwakili oleh Saudara Mohd Asyrafanuar Bin Omarkaseh dan Dg.Nur Nadhirah Binti Baharin telah mendapat TEMPAT PERTAMA BAGI PERINGKAT SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KK.. Mereka akan bertanding di peringkat Zon Pantai Barat pada 26 Mac ini di SMK Limbanak,Penampang.

Senarai Nama Peserta MTQ:-

1.Saudara Mohd Noorfaiz Bin Yusoff,mewakili tilawah al-quran kategori lelaki.

2.Saudari Nabilah Syafawati Binti safari, mewakili tilawah al-quran kategori perempuan.

3.Saudara Mohd Akmal Bin Vahidi.mewakili hafazan kategori lelaki

4. Saudari Nurfarhana Binti Abdul Jalil, mewakili hafazan kategori perempuan

5. Kumpulan Nasyid SMESH,Inspirasi:

BIL

NAMA PESERTA

1

MOHS ASYRAF ASIDIN

2

MOHD HAFIZUDIN BIN BAHAROM

3

EMIARDY JEMI

4

MOHD KHAIRUDIN MOHD DALAN

5

MOHD SAMNIRUL SAMAT

6

JOUHARI TINDAPAU

7

MOHD IZZAT ALIUDDIN ABD WAHAB

8

DATU KHAIRUL HAYAT

9

SYAMSAH ALEY USOP

6.Berzanji Marhaban:

BIL

NAMA PESERTA

KEDUDUKAN

1

AMIRUDDIN AHMAD BIN ABDUL JALIL

KEDUA

2

AHMAD ASYRAF BIN AHMUD

3

MUHAMMAD SYUKRI BIN MOHAMAD SAINAL

4

AHMAD FIRDAUS BIN JAMAL

5

MOHD FARHAN BIN KHALIT

6

MOHD AMERUDDIN BIN AHMAD

7

GHULAM HASSAN SAIFULLAH BIN NAFSUN

8

SYAFIQ RADHI BIN SUMARDI

9

RIZMAN ZULKARNAEN BIN SUARDI

7. Johan Syarahan Agama (P),Saudari Dg.NurNadhirah Binti Baharin dan

8. Johan Syarahan Agama (L),Saudara Mohd Asyrafanuar Bin Omarkaseh

Sekian,terima kasih.


5.1.09

PISANG DAN HATI

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

by : nadhirah_baharin

1.1.09

Salam Hijrah

Assalamualaikum w.b.t..

Biar suka atau tidak, masa yang telah berlalu PASTI TIDAK KEMBALI lagi. Sekarang kita sudah pun berada dalam tahun 1430H dan dalam masa yang sama sudah beberapa jam yang lalu kita telah meninggalkan tahun 2008 yang tentunya meninggalkan banyak memori pahit manis dalam kehidupan kita.

Apa yang pasti, segala yang telah berlalu, bersama-sama kita renung dan buat muhasabah. Segala yang baik kita jadikan teladan dan teruskan untuk masa-masa mendatang manakala yang kurang baik atau tidak baik itu, kita jadikan sebagai sempadan dan ambil pengajaran.

Semoga 1430H dan 2009 masihi ini akan memberikan lebih banyak peluang dan ruang kesempatan kepada kita untuk sama-sama membetulkan niat dan mengikhlaskan diri dalam setiap perkara yang kita lakukan. Mungkin bagi pihak BADARSMESH sendiri, kami berharap agar mempunyai peluang untuk meneruskan agenda dakwah dan tarbiyyah dengan usaha dan aktiviti yang lebih tersusun dan berperancangan untuk memastikan generasi pelajar yang lahir dari bumi SMESH bukan sahaja gemilang akademiknya malah gemilang dari sudut akhlak dan sahsiahnya, insya-Allah. Bersama-samalah kita berdoa dan berusaha untuk mencapainya.

---------------------------------------------------------------------------------

Satu Muharam detik permulaan,
Perkiraan tahun Islam Hijrah,
Perpindahan Nabi dan umat Islam,
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Atas keyakinan dan iman yang teguh,
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu,
Rela berkorban harta dan nyawa,
Demi menegakkan Islam tercinta.

Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan.

Oleh itu mari semua,
Kita sambut Maal Hijrah,
Tingkatkan semangat tegakkan syiar islam,
Untuk sepanjang zaman,
Untuk sepanjang zaman,
Untuk sepanjang zaman...