Surau Nurul Yaqin, IPG Kent

29.6.09

Orang-orang Cemerlang Bersangka Baik Sepanjang Masa


Berfikiran positif sepanjang masa memang akan menjadi amat mencabar diperingkat permulaan. Anda akan bergelut dengan emosi sendiri dan perasaan tak tentu arah, sama ada nak jaga hati orang atau nak jaga hati sendiri. Anda akan keliru.

Sampai ke satu tahap, Anda akan mempersoalkan setiap satu tindakan Anda, kerana ia akan kelihatan seperti membiarkan orang lain buat sesuka hati pada Anda dan Anda pula tertahan-tahan nak membalas perbuatan mereka itu, hanya kerana Anda jadi keliru lalu bingung.

Pada hari ini, mengikut tanggapan ramai orang, susah nak cari orang yang hatinya cukup baik. Pada saya, sebab itu jugalah, sebab tak ramai orang baiklah yang menjadi penyebab mengapa ribuan orang jatuh kepada kategori pemikiran negatif yang menyebabkan mereka bergelumang dengan seribuh satu situasi negatif.

Kesannya, situasi negatif itu pula mengheret mereka kepada pelbagai permasalahan, misalnya masalah kekeluargaan, masalah dalam pelajaran, masalah emosi, masalah perhubungan cinta hinggalah kepada masalah kewangan - sumber rezeki bagaikan terhalang dan bagaikan kekal terhalang.

Jadilah diri Anda sendiri. Usah terlalu mengikut orang. Kita boleh mengikut orang, tapi kena sesuaikan supaya boleh diserap menjadi sesuatu yang ngam dengan diri kita sendiri. Tak semua kita boleh menjadi Bill Gates, tapi kita boleh tiru stail kejayaan Bill Gates, cara kerja bill Gates supaya kita boleh mencapai kejyaan macam Bill Gates. Kia boleh jadikan Bill Gates sebagai contoh ikutan, tapi tak semestinya jalan kejayaan yang akan kita lalui sebijik macam Bill Gates.

Nak mengekalkan sikap berfikiran positif, Anda kena jadi diri sendiri sepenuhnya. Anda kena bersikap baik sepenuh masa, bercakap baik-baik, bersangka yang baik-baik dan berkata yang baik-baik dalam hati Anda, walaupun suasana di luar nampak buruk. Always look to the bright side of your life!

Sikap suka bersangka baik akan mengubah suasana menjadi baik. Sikap bersangka buruk akan mengubah suasana menjadi buruk, berterusan menjadi bertambah buruk jika Anda kekal bersangka buruk. Orang-orang cemerlang sentiasa bersangka baik sepanjang masa, sebab itu mereka cemerlang sepanjang masa. Orang lain merasa agak sukar ‘kejar’ tahap mereka.


5.6.09

TIGA GOLONGAN AWAL KE NERAKA

Sufyan Ash-Ashbahiny bercerita kepada 'Uqah ibn Muslim bahawa semasa memasuki Madinah, dia melihat orang sedang mengerumuni Abu Hurairah r.a. Sufyan pun menghampirinya, lalu dia duduk di hadapan Abu Hurairah yang sedang menyampaikan hadis kepada jemaah itu. Ketika Abu Hurairah berdiam diri seketika, Sufyan meminta agar dia menyampaikan hadis yang benar-benar difahami untuk dihayati.

Abu Hurairah pun bersetuju seraya berkata. "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH S.A.W kepadaku" Selepas berkata begitu,tiba-tiba ABU HURAIRAH menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan. Kemudian dia diam sebentar dan setelah kembali tersedar dia berkata, "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH s.a.w kepadaku di rumah ini,tidak ada orang lain selain aku dan baginda." Tiba-tiba Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu sehingga hampir pengsan. Ketika itu Abu Hurairah kembali sedar dan dia menceritakan, "Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut.

Golongan terawal yang akan dipanggil adalah "orang alim" , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.TALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,"Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?" Orang itu menjawab. "Benar,wahai Tuhan.'' ALLAH SWT kembali bertanya. ''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?'' Orang tersebut menjawab, ''Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari'' Malaikat berkata kepadanya, "engkau berdusta". ALLAH SWT berfirman "engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''. Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ''Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup". Orang itu menjawab, ''Benar wahai tuhan''. ALLAH SWT kemudian bertanya, ''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'', dia menjawab, ''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.'' ALLAH SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta". Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.''
Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?'' Dia menjawab, ''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.'' Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,''Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu." ALLAH SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''."Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ''Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.

''"Marilah bersama kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan~