Surau Nurul Yaqin, IPG Kent

1.7.07

Salam Ukhuwwah

Salam 'Alaikum w.b.t...

Seseni kata bermadah,
Ucapkanlah alhamdulillah,
Semurni lafaz berhikmah,
Pujilah agungnya Allah.

Tiada kalimah lain yang selayaknya dilontarkan bagi menggambarkan kesyukuran ke hadrat Ilahi melainkan pujian yang setinggi-tingginya kerana dengan limpah rahmat dan ruang kesempatan yang dikurniakanNya, pihak Badan Dakwah Dan Kerohanian (BADAR), SM. Sains Sabah telah berkesempatan untuk sama-sama menggunakan blog sebagai medium dakwah tambahan selain laman web BADAR yang sudah sedia ada sebelum ini. Memandangkan laman web tersebut telah ditutup buat sementara waktu untuk kerja-kerja penyelenggaraan, diharapkan agar blog ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada para pengunjung dan juga ahli-ahli yang telah mendaftar dalam laman web BADAR SMESH.

Sebarang cadangan atau pertanyaan, emailkan kepada web master laman web BADAR SMESH di badarsmesh@gmail.com.

Sekian, wassalam.